Cerita Semut dan Kerengge.

Okay, begini cerita nya....... Zasssss - ! Layannn..
Pada zaman dahulu, ada seekor semut berjumpa dengan kerengge. Dan kerengge itu pun berkawan dengan semut itu. Semut itu sangat bahagia. Tapi tiba tiba ade pulak ulat gonggok datang menyemak. Dia sound, tengking tengking si semut tu sebab semut tu berkawan dengan kerengge. Semut tak sangke pulak yang ulat gonggok tu akan jealous dengan semut. Well, biase lah, semut ni biase biase je orang nya. Tak cantik pun. Masa kena sound tu, Semut tu buat relax je lah en sebab semut tu malas nak ambik port dalam hal hal macam ni. Lepas tu semut bagitahu kerengge yang ulat gonggok tu dah maki maki dia. Niat semut tu baik, cuma nak bagitahu je bukan nya nak mengadu pun. Hm, lepas tu kerengge sedih gila sebab tak sangke ulat gonggok akan jealous dengan dia dan semut. Semut ni pun rasa bersalah sebab ulat gonggok kata semut ni rampas kerengge dari ulat gonggok. Tapi bila si semut ni pikir pikir balik, eh. Kerengge kata kerengge dah takda pape dah dengan ulat gonggok. Sebab tu semut berkawan dengan kerengge. Ye, si semut tu tahu lah dia tu bukan nya baik sangat tapi semut tahu lah yang tak baik en ambik hak orang. So, semut pun mintak lah penjelasan dari kerengge. Masa ni pulak, kerengge dah bersusah payah nak terangkan pada semut yang kerengge tak tahu pape pasal ulat gonggok and tak tahu kenapa ulat gonggok tu nak maki maki semut. Selepas beberapa ketika, sesudah semut dan kerengge berbincang. Mereka pun berdamai. Dan mereka pun berkawan macam biasa. Selalu berkirim surat dan bertanya khabar. Tapi selepas beberapa minggu, kerengge macam jauh pulak dari semut. Semut sedih sangat. Semut tu selalu pos surat kat kerengge. Tapi kerengge tak balas pun. Ade jugak sekali dua semut hendak pergi menejenguk keadaan kerengge, tapi keadaan tidak mengizinkan kerana semut ni masih dalam kawalan ibubapa. Lama sudah kerengge menghilangkan diri. Semut pula berasa amat sepi. Jadi semut mengambil keputusan untuk mengutuskan satu surat kiriman tidak rasmi kepada kerengge buat kali terakhir. Dan setelah dua hari surat itu dipos kan, tiba tiba si semut mendapat sepucuk surat yang datangnya dari kerengge. Kerengge tanya kepada semut, kepada kita jadik macam ni? Kita kan kawan baik. dan bermacam macam lagi. Tapi entah kenapa, si semut ni jadik serangga yang tiada perasan dan menghiraukan saje surat dari kerengge itu. Seletah beberapa minggu, semut jalan jalan ke ibu kota. Dan tiba tiba dia ternampak si belalang. Ketika itu, semut sudah terpaut hati dengan belalang. Tapi semut tak pernah nak tegur belalang. Semut itu kata, semut malu. Haih. Kemudian, beberapa hari kemudian, semut berjalan jalan lagi ke kampung seberang. Kali ini semut terkejut kerana kali ini dia bernampak sahabat lama nya, kerengge. Oh, ketika itu kerengge sedang bersuka ria bermain jongkang jongkit dengan cik beluncas. Mereka kelihatan gembira. Dan dalam hati si semut, dia gembira sangat. sebab kerengge dah ada kawan baru. TAMAT. Oh, belum lagi. Jadiii, selepas beberapa bulan, semut berasa sedih pula. Kerana dia rindukan kawan lama dia, kerengge. Tapi nak buat macam mana. Kerengge dah gembira dengan cik beluncas. Cik beluncas tu cantik. Tak macam semut. Comot. Jadi, semut pun simpan je sedih dia sendiri. Sebab semut tahu, semut bukan ada sorang je kawan. Semut ada ramai lagi kawan lain. Cik cacing. Cik semut api. Cik rama rama dan ramai lagi. T.A.M.A.T.

Tentang keluhan gadis tipikal.