Sumpah seranah aku.

Mungkin ni semua berlaku kerana adanya manusia celaka. Mungkin jelah. Mungkin, kerana aku tidak sesempurna perempuan lain. Mungkin kerana aku besar dibandingkan dengan budak lain. Mungkin aku pelik sebab hanya memakai selipar berbandingkan mereka yang memakai heels. Mungkin kerana aku terlalu buruk untuk di cubit pipi, untuk disayangi oleh mereka yang lain. Oh sekarang otak aku dah berdetik. Padanlah aku bahagia je jadi tin kosong. Patutlah aku redha je dilayan macam barang. Nak, cari. Taknak, buang. Padanlah aku tak kesah dilanyak masyarakat keji. Patutlah. Patutlahh. Aduh! Tak guna, tengoklah apa kau dah buat kat aku. Kau dah bagi impak besar dalam hidup aku. Dengan adanya mulut kau, cara kau, aku dapat merasakan semakin lama semakin menular perasaan benci aku terhadap diri sendiri. Semuanya sebab kau. Tak tahu ke perasaan merasa diri itu buruk? Walau ye, aku akan ucapkan buat kesekian kalinya bahawa, kita ni semua manusia. Semua ada hina yang tersendiri. Ramai yang menyorokkan cela mereka. Ada jugak yang berlagak hebat di mata dunia untuk mendapat nama. Bodoh. Aku benci semua. Sistem dunia ini tidak adil. Manusia semua dikatakan sama. Maka semua orang yang celik mindanya itu akan mula berlumba lumba nak jadi kontra nya. Tapi apa, dah lumrah! Aargh, ini semua bodoh. Hm, cantik itu dari jiwa, bukan dari wajah ye, hoi celaka. Bukan dari rupa, bukan dari harta. Dan bukan juga warna kulitnya. Tapi dari jiwa. Sekian keluh kesah saya tentang celaka. Kbye

Tentang keluhan gadis tipikal.