Masa, dengan masa. Akan terbinanya memori. Memori duka atau suka. Sama saja, semua sebab masa. Masa mengajar kita untuk melepaskan perkara lama, iya. Aku tahu semua orang tahu, Dan iya, aku tahu semua orang tahu akan perasaan susah untuk melaksanakan itu. Hm, masa ada tapi kita tak pernah nak hargai. Macam kita semua. Aku, kau. Dan dia. Tak pernah nak enjoy life to the fullest. Tapi ada jugak yang menyalahgunakan ayat itu. Enjoy to the fullest tanpa ada bench mark. You know, bench mark? Limits! Ya, limit. Hidup semua harus ada limit. Itulah guna peraturan, bukan? Tapi kadang kadang kita rasa megah, tegar, bangga bila melanggar sesuatu etika itu. Pfft, such a attention seeker. Kata orang, memang senang, be happy. be happy. Tapi yang merana kita. Cuma masa je yang berbeza, ada masa kita. Ada masa dia. Ini mungkin masa aku. Dan engkau menasihat aku dengan berkata "lupakan saja, banyak lagi masa". Suatu nanti bila tiba masa engkau, aku pula yang berkata perkara yang sama. Kadang kadang kita hidup lalai. Tak pernah nak sedar. Mata tak pernah nak celik dengan apa yang ada depan mata. Itu semua orang tahu. Tapi tak ramai yang nak faham. Kononnya, bila dibangku sekolah dulu kalau cikgu menyuruh buat poster tentang masa, semua tahu hendak mengunakan Masa Itu Emas. Tapi realitinya? Semua orang tahu menyebut, menulis, mengata sahaja. Pfft, itulah khalifah dunia. Semua sama saja, cuma pangkat dan darjat sahaja yang lain. Mentang mentanglah sekarang ini semua orang kejar nama. Siapa terkenal, dia terhebat. Meh sini aku ludah muka orang yang mengejar ni. Ish, Baiklah, back to basic. Bak kata Isaac Newton, masa boleh diukur. Oleh itu kita ada masa depan, masa silam, dan sekarang. Bagi aku, masa silam adalah masa dimana kita belajar dari mana mana kesilapan. Masa depan, untuk kita merancang matlamat hidup kita. Tapi sekarang? Kita tidak memikirkan tentang kedua duanya. Sekali imbas pun tidak. Yang kita lakukan adalah, mengulangi kesalahan celaka yang sama dan tidak mengambil cara sedikit pun tentang masa depan. Sentiasa melakukan perkara yang bakal dikesalkan. Seperti perlakuan yang merosakkan kita. Sesuatu yang bakal kita menyesal di masa depan. Ya, masa depan. Hmm, ntahlah. Aku taktahu apa tujuan ini. Macam aku cakap tadi,
aku rasa semua orang dah tahu perkara ini. Kbye.
