Semalam,
Duduk termangu tertenungkan diri.
Kisah al-hati yang tak siapa peduli.
Luas tingkap terbuka untuk fikiran boleh berterbang.
Minda terselindung sebalik kesedihan, tiada kata.
Semua waras hilang dek hina.
Sepasang gunting tajam bersedia untuk menyiat kulit tipis di pergelangan.
Dia ketar, dia gentar, dia sedar, bahawa dia pengecut.
Cuma sekali dua, hasutan iblis membarakan semangatnya.
Hanya mampu bertanya kenapa, kepada diri sendiri.
Tidakkah aku sempurna? Apakah aku cacat gila?
Tiada sapa tahu, seksa batin dia.
Dia tegar, tapi itu bukan dia.
Dia manis, tapi itu palsu.
Dia sedar dia berlakon layar.
Sedetiknya dia memangu diri,
Dia sedar kudrat diri sudah mati.
Mampus dek hina di cela cela kan.
Pasir pasir halus di mata mula mengalir,
Dia sudah tidak tahan untuk dipijak di lanyak.
Dia tahu, dia sudah mati. Dia akan mati.
Berlari dia dari hina celaka celaka manusia.
Tapi dia sudah mati sendiri.
Tidak sempat dia bernafas, angin bawa lari oksida nya.
Pengkhianat.
Kau celaka. Biar kau mati, seperti mana, aku dimatikan oleh engkau yg celaka.