Imaginasi babi

'' Kalau kau naga, dan aku  Fiona. Dah lama aku dibahan oleh engkau habis habisan. ''
Kerana, percayalah. Shrek aku takkan datang.
Takkan.

Malam yang beku. Sekali lagi aku duduk termengu. Kekotak minda terbang ke awan.
Ke awanano. Persis otaknya yang berselirat dengan karut. Dengan problema, dengan diri sendiri.
Toleh ke kiri, sepi. Tiada apa disisi kecuali bantal kekabu yang wangi.
Toleh ke kanan, sunyi. Tiada apa lagi kecuali meja comel dengan dihiasi gambar waktu aku kecil.
Paling mengadap ceiling. Nikmat. Fikiran kosong. Minda terlopong. Masa, masih berputar.
Pejam celik, pejam celik. Malam dah nak siang. Sekali malam lagi tak tidur. 
Bangkit semula, bila jasad halimunan dah masuk tubuh. Tidak sebenarnya.
Bangkit semula hanya kerana minda sudah penat terngadah. 
Dan esok, kisah yang sama diulang tayang.
Mana tak imsomnia?!

Notakaca :
Masih berada di Far Far Away Kingdom.

Tentang keluhan gadis tipikal.