Sini, aku nak kongsi, ini.


Bagi aku, tanpa imaginasi ni, aku ni mayat hidup je.
Sebab aku ni hidup dengan mimpi.
Cuma waktu pagi je aku duduk dalam alam nyata.
Yang lain, mimpi. Sampai sudah.
Sebab aku ni hati batu.
Degil.
Terima kenyataan tu umpama nak makan cacing.
Geli. 
Tak mudah. 
Sukar. 
Payah. 
Tersekat. 
Terlekat. 
Takut. 
Seram. 
Geram. 
Benci. 
Dengki. 
Mati.

Aku tahu apa yang aku buat ini akan menyusahkan aku sendiri di masa nanti.
Tapi nak buat macam mana. Aku ni bebal.
Otak kosong.
Hati rompong.

Tapi macam mana pun ia, aku tak boleh nak salahkan sesiapa.
Kerana salah aku sendiri. Aku ini si sifar.
Semua benda tak ada.
Ilmu, tipis.
Iman, nipis.

Lagipun,
Hidup dengan realiti 24 jam. 
Mampu ke?
Boleh ke?
Takpe ke?
Tak mati ke?

Hey, tapi Albert Einstein ada kata
" Imagination is more powerful than knowledge ''

Jadi, aku akan teruskan hidup aku macam ni.
Sampai gila.

Tentang keluhan gadis tipikal.