Penat.
Penat dengan semua.
Segala paksaan.
Segala makian.
Segala tangisan.
Segala penipuan.
Segala galanya.
Aku perlu seseorang untuk berkongsi ini.
Aku tak daya untuk berdiri dengan kaki sendiri.
Ini aku, satu jiwa yang baru.
Bukan lagi 'aku' yang dulu.
Mana pergi 'aku' yang dulu?
Tolonglah kembali.
Ini semua terjadi setelah kekuatan aku lari.
Aku berdamping dengan seram sekarang.
Seram pula membawa temannya, suram.
Aku terpaksa melayan tetamu tetamu tak diundang ini.
Kekuatan, pulanglah.
Aku amat memerlukan mu.
Aku ni hati batu.
Tetap nak sendiri.
Malu nak berdua mahupun bertiga atau berapa berapa saja.
Aku mahu berkawan.
Tapi aku ni sudah muak dengan kata kata belakang.
Makin ramai aku berkawan, makin ramai yang menikam.
Ditikam, tertikam belakangnya.
Jadi aku masih mahu sendiri.
Kekuatan, kembalilah.
Sungguh aku merayu melutut minta kau pulang.
Aku memang betul betul penat.
Kali ini, sumpah tak tipu.
Aku mahu lari.
Lari dari sini.
Hanya ada satu penyelesaian -- Berhenti untuk hidup.
Tidak, aku tak mahu itu.
Aku sayang hidup aku.
Aku mahu masa depan aku.
Aku tahu aku tak maju, tapi masih mahu jadi manusia.
Tapi kepastian akan hilang dari otak aku yang aku sudah ditanam berkurun ini.
Kerana kekuatan aku, dah lari.
Kembalilah.
Pulihkan aku.
Aku penat jadi Enong yang baru.