Kongsi nyawa.

'' Satu nyawa, luarannya, aku. dalamannya, dia ''

Aku kata.

Hentikanlah. Aku tak mahu bulan ingat aku ni lemah.
Hentikanlah. Aku tak ingin bintang bintang ingat aku ni koya.
Hentikanlah. Aku tak mahu bayu bayu pagi subuh ni fikir aku ni mudah.
Hentikanlah.
Hentikanlah.

Aku kata.

Sampai bila kau nak perasan yang kau itu langsung tak layak untuk jadi itu?
Sampai bila kau nak sedar yang kau tu sikit pun tak mampu mahu melawan itu?
Sampai bila lagi kau nak tahu yang kau itu hanya sekeping daging yang tak bermaruah?
Sampai bila?
Sampai bila?

Aku kata.

Cukuplah mengatakan yang kau tu pahlawan.
Cukuplah menyatakan yang kau tu kuat sangat.
Cukuplah nak kata yang kau tu katang gila.
Cukuplah cakap kononnya kau tu sehebat Shakespeare.
Cukuplah.
Cukuplah.

Dia pula buka kata.

Tapi aku pedih!
Kenapa bila aku tanya, tak ada siapa yang menjawab?
Kenapa bila aku merungut, tak ada siapa pun ingin tahu?
Kenapa bila aku mengadu, tak ada siapa mahu menghulurkan bahu?
Kenapa bila aku menjerit, tak ada siapa nak buang sakit?
Kenapa?
Kenapa?

Dua dua fikiran mati.

Fokusnya, dia adalah aku. dan aku adalah dalaman aku.

Ah, ini aku.
Suka sangat bukak buku lama.
Tatap setiap chapter dan tambah memori lama.
Bukak buku lama, cuba sambung cerita.
Sampai sudah tak maju.

Ah, ini aku.
Memang begitu.
Aku pun penat jadi aku.
Kau apa tahu.

Aku dan aku, punya kongsi rasa.

Aku memang suka mempersoalkan diri sendiri.
Sebab tu aku tak pernah achieve apa apa dalam dunia ni.
Aku memang pandang rendah dengan diri sendiri.
Bukan apa, tapi aku tahu limit diri.
Aku memang suka menyorok dan tangisi setiap perasaan bodoh bodoh ini.

Ignore-kan ia.

Ah, ini aku.
Terima aje lah.
Ah, ini aku.
Tolonglah paham.

Realitinya.

-- aku kata ini, pada diri aku sendiri. 
-- kerana jiwa aku pun, tak dapat nak terima aku ni.
-- entah kenapa, aku sendiri kata yang aku,
-- dah lain gila sekarang ni.
-- tapi bagi mereka,
-- aku tetap sama.

Ke aku ni gila, atau mereka tak pernah cara?
Bodoh. 
Kau fikir kau raja? Untuk orang timang timangkan?
Emas emaskan? Payung payungkan?
Kau ingat kau siapa? 
Hey sedarlah. Kau tu bodoh.

Ya, aku bodoh.

Akhirnya, tetap sampai ke situ juga.
Balik balik, bodoh. 
Aku dan aku,
Sama je.
Hm. 

Tentang keluhan gadis tipikal.