Kalung ini,
Aku pegang sampai dia sendiri jatuh ke tanah.
Biar aku genggam kemas padat tak lepas.
Waktu malam aku letak kepala atas bantal.
Aku masih tak lepas, aku genggam ramas ramas biar erat.
Kalung ini, aku jaga sampai aku tiada kudrat.
Kerana rantai ini saja yang aku ada.
Kalung ini, pendirian aku.