Perasaan yang datang bila aku dengar lagu itu.
bila minda dah bawak arus akal aku terus tuju ke masa lampau.
mata aku kabur dengan air mata yang tak perlu dipaksa jatuh sendiri.
perasaan hancur bugar jatuh patah itu hinggap hati dengan rasa sakit yang paling dalam.
luka aku, aku ingat. takkan lupa walau sesaat.
maafkan aku. aku banyak dosa. aku bukan manusia mulia.
aku terlalu leka dengan kesakitan hingga aku lupa keindahan.
patutnya aku lepaskan yang sudah, kerana yang pergi takkan muncul semula selamanya.
masa jadi bukti yang aku masih hidup dalam bayang bayang aku sendiri.
tak pernah mahu menjejakkan kaki ke alam realiti.
terlalu banyak hina yang ku tanam dibibirku buat kamu rasa tak tercara.
terlalu banyak masa aku buang dengan mereka dan biarkan mu berduka lara.
aku tahu aku salah kerana salahkan kamu atas kebodohan aku yang aku sendiri jemu.
aku tahu kau malaikat dalam hidup aku tapi aku buang kamu di tepi.
takut aku bila ingatkan mati. apa mungkin aku mati sebelum kau pergi.
jangan tinggal aku sendiri, aku tak sanggup lawan sepi.
aku sayangkan kamu, jangan hilang walau dalam mimpi.
Tuhan kenapa mataku buta dengan segala keindahan.
yang cantik molek baik ada depan mata tapi tetap kejarkan yang hitam.
manusia jenis apa aku ini. setiap hari melawan kata kata suratan yang jelas.
mungkin aku takut untuk terima kenyataan tapi tidak lagi sekarang, aku dah jumpa jalan.
dengan adanya kamu jadi lampu suluhku.
takut aku hilang hanya dengan bicaramu. hanyut dulu sekarang dah terbang.
aku tahu aku ini manusia hitam yang sedang mencari jalan pulang.
apa aku peduli kata orang, sekeliling aku dipenuhi mulut mulut yang memburukkanmu.
aku dulu cuma yakin pada kata. dulu aku tolol, sekarang tambah bodoh.
maafkan aku, aku tenggelam. aku tak pernah muncul waktu semua kelam.
aku gigih cantumkan hati sendiri tapi lupa hati orang.
aku leka. ampunkan aku.
aku leka. ampunkan aku.