Perlakuan aku yang mana buat kau tak suka?
Ucapkan atau lebih baik, ludahkan.
Dari dihina, biar diludah.
Dari telinga menderita, biar mata.
Mata yang melihat, menangis cuma.
Telinga mendengar, bernanah nanti, geli.
Apa dia yang kau benci sangat pada aku?
Aku mahu bersama dalam harihari aku.
Tapi kau makin lama makin menolak aku jauh dari situ.
Untung saja aku ini kukuh kakinya.
Kau cantas sekuat mana, takkan jatuh.
Kau nak aku lari?
Apa kau lupa kakiku telah kau gari?
Kau tak ingat ke?
Kau gari aku tika aku jatuh untuk kau buat pertama kali,
Suatu masa,
dulu.