Kasih sayang.

Tentang dia,
Yang aku hari hari ingat,
Hari hari rindu,
Hari hari mahu,
Apakah kau sihat sekarang, kasih ku?
Bikin mu apa diwaktu ini?
Dimasa aku tiada bersama untuk bobok tidur mu.
Makanmu terjaga kah oleh si  penjaga papa?
Diwaktu kau bermimpi hitam ngeri,
Adakah manusia disebelah mu untuk mengadu mengenggam jari?
Sungguh aku rindu, aku mahu, aku tak tipu.
Sumpah aku sayang walau aku tahu aku tak mampu.
Apa lah sangat keringat aku untuk dodoi kamu.
Rindu selalu tapi senyap membisu, apa guna.
Apa daya.
Dah memang dihalang.
Dah memang terjelas terpampang ikhlas, 
Yang aku bukan untuk kamu,
Dan kamu mungkin takkan kenal aku.
Takkan, dan tak pernah. 
Kasihku, ketahuilah, aku rindu.

Tentang keluhan gadis tipikal.