Kongkong

Hidup kena gari dengan lelaki yang tak berdarjatkan suami.
Masih nak teruskan lagi?
Batu penghadang apa yang wujud depan mata kau.
Depan hati kau,
Depan akal kau,
Rugi waktu hidup di sia sia dengan manusia yang menggilakan kuasa.
Cukup sudah kena sekali,
Jangan kau berani ulang lagi.
Melainkan kau bodoh bertuhankan nafsu keji,
Memang sampai mati kau tak berani nak lari,
Dari lelaki,
Yang lupa,
Darjatnya,
Masih belum sah jadi suami.

Tentang keluhan gadis tipikal.