Wahai bintang kejung,
Kalau aku utuskan surat benci aku untuk baling ke tingkapnya,
Sanggup kau bantu aku?
Wahai bulan kejung,
Kalau aku minta kau rampas perhatiannya dan berikan ia semua ke aku,
Sanggup kau bantu aku?
Wahai kamu,
Aku tak benci, aku cuma rindu.
Rindu pada kau yang kononnya untuk aku.
Sungguh aku kata aku tak mampu.
Perasaan kasih atau rindu,
Perasaan yang selalu buat aku rabun jiwa nak nilai,
mana permata, mana batu, mahupun kaca.
Wahai bintang kejung,
Berkeinginankah kau bantu aku?
Kerana aku sudah tiga purnama pendam ini.
Dan dengan kau sajalah, bintang.
Dapat aku luahkan segala gundah gulana.
Yang menyumbatkan hati.
Dan membuatkan arus logika aku tak mengalir ke situ lagi.