Gadis sadistik

sakit dia
orang tak faham
kalau faham pun
sakit dia -- kuantitinya lebih padu
berkehendak tapi bersalah
berkehendak tapi tak layak
berkehendak tapi dia sampah
berkehendak dan tak dikehendaki
kalau nak cakap pasal hati
memang hari hari mulut nak maki
betapa dunia ini tak adil
dan aku tak patut rasa begini
mana adilnya aku
mana sempurnanya aku
mana indahnya aku
kenapa tiada
kenapa apa
belaka sia sia
putus asa buat kali ke-berapa-juta kali
dah tak sanggup nak tanggung
aku nak pecahkan ini
aku nak lari dari sini
aku nak keluar dari landasan ini

sesekali, aku mahu ranap keberontakan meliar dalam darah
aku penat jadi sadis
lagi penat bila aku tahu aku akan kekal begitu
kerana aku, gadis lemah dan memang tak mampu

Tentang keluhan gadis tipikal.