Gaduh dan muak

Gaduh dan muak.
Bila muak, mula gaduh.
Bila gaduh, mula muak.
Ah!

Maaf.

Sudah lama aku patut ujar.
Namun aku simpan dibawah lelangit ku.

Maaf.

Kerana hari hari menyakiti.
Kerana hari hari berkelahi.
Kerana hari hari calarkan hati.
Kerana hari hari maki maki.

Maaf.

Sejujurnya,
Aku dah bosan berbalah.
Dah bosan rasa bersalah.
Dah bosan nak marah.

Maaf.

Tapi aku masih begini.
Dan kau masih begitu.
Sampai bila mahu macam ni?

Maaf.

Aku kena pergi dari sini cepat.
Kena keluar dari kepompong ini.
Lebih segera, lebih bagus.
Makin kurang berdarah hati.
Makin kurang dosa aku nanti.

Maaf.
Tapi aku dah muak direndahkan.
Tapi aku dah muak ditunjuk tunjukkan.
Tapi yang paling penting,
Aku dah muak bergaduh.

Tentang keluhan gadis tipikal.