Malas.

Harap.
Doa.
Minta.
Laku apa saja.
Asalkan ia bukan usaha.
-- Sial.
Kadang, bukan tak mahu.
Kadang, ia sebenarnya menganggu.
Yang menghalang itu,
Cuma satu.
-- Malas.
Kenapa mesti aku akur pada malas?
Hampir setiap hari aku harung,
Ditemaninya.

Bila aku mahu berubah,
Aku guna ayat 'satu hari nanti, pasti'.
Tapi.
Sampai bila?
Bila nak tunggu 'hari' itu tiba?
-- Bodoh.
Alasan orang malas.
- Satu hari nanti, pasti.
Alasan orang pura pura.
Kerana dia tahu, kalau dia tak ubah.
Siapa mahu ubahkan?

Sial punya malas.
Buat aku yang selalu hendak sesuatu,
Dan minta.
Dan minta.
Dan minta.
Dan diri sudah muak telan jawapannya, iaitu
- memang pasti takkan dapat, walau satu hari nanti.
Kelam jiwanya, untuk terima realiti yang aku, tak ada apa.
Yang diminta,
Semua tak ada.
Walau sudah diminta,
Takkan ter-ada.
Tanpa usaha.

Dan ini,
Semua kerana malas.
Yang hari hari makin menebal dalam aku.
Yang sekian lama sekian menikam percaya aku, iaitu
- bahawa aku mampu, kalau aku mahu.

Sial punya malas.
Buat kacau tak bertempat.

Tentang keluhan gadis tipikal.