Baran

Waras akal telah tinggalkan aku,
Tanpa teman kecuali baran.
Baran naik takhta lepas dia bunuh iman.
Baran pakai mahkota,
Aku hilang kata kata.

Cuma rasa panas hati
Dan rasa babi
Dan nak maki
Bertubi tubi.

Hingga baran bosan untuk memerintah.
Waras datang semula.
Waras naik takhta lepas dia bangkitkan iman dari lenanya.
Waras pakai mahkota.
Aku masih hilang kata kata.
Malah juga hilang muka.

Malu tak terkata.

Tentang keluhan gadis tipikal.