Hamba

Hamba berdiri disisi pintu
Berkumis dan berbaju tipis
Menghadap tuan yang megah
Di tengah rumah berpakaian kacak

Sambil membaca surat surat,
Tuannya tanya
Hamba, kenapa kau kerja dgn aku?
Kenapa kau tak pernah cuba lari?

Hamba kata
Tuan, kalau lari bukankah hamba bakal dikejar dan dikecam?

Tuan tanya
Kau suka kerja ini?

Hamba kata
Walau perih, dah amanat tuan

Tuan tanya
Jika dibenarkan Tuhan, aku bebaskan kau, kemana tujumu?

Hamba kata
Ke kampung tiada
Ke rumah tiada
Berdagang saja yang dimampu hamba

Tuan tanya
Berdagang apa?

Hamba kata
Diri hamba

Tuan tanya
Mengapa?

Hamba kata
Sudah harta pun tiada

Tuan tanya
Kau suka menjadi hamba?

Hamba kata
Suka mahu benci, apakan daya

Tuan tanya
Daya apa?

Hamba kata
Untuk peringatan hamba

Tuan tanya
Peringatan apa?

Hamba kata
Walau bergunung harta kita
Walau mempunyai banyak hamba
Kadang kita lupa
Kita juga sebenarnya dilahirkan hamba
Hamba kepadaNya

Tuan dah tak tanya
Lalu berkata
Hamba, ajarkan aku menjadi hamba yang mulia.
Sambil membakar surat surat.

- Surat surat, orang meminta hutang.

Tentang keluhan gadis tipikal.