Senyap semua kecuali udara dalam paru paru aku dengari.
Disedut perlahan lahan, melawan perang dengan sebak yang menyekatkan laluan.
Aku tak tahu apa lagi yang dimahu.
Aku tak tahu kenapa aku begini.
Aku cuma rasa aku tak puas.
Aku rasa aku tak cukup.
Aku rasa kalau orang bunuh aku tika ini, aku takkan mempertahankan diri.
Dinding aku pecah.
Rumah aku musnah.
Jiwa aku, telah dijajah.
Oleh pendatang yang aku tak tahu apa mahunya.
Aku cuma tahu akan namanya.
Akan kebencian orang terhadap dia.
Aku tak pasti ini apa.
Aku rasa ini Sunyi,
Tapi aku yakin, ini sesuatu yang lain.
Perasaan ini hadir,
Buat kali ke entah berapa.
Dan disetiap kali itu,
Aku cuba mencari apa ia.
Apa namanya dan mahunya.
Iamya seperti,
Kau rasa kau sudah matang untuk harung ini semua,
Harung dunia ini.
Tapi bila perasaan ini mewujudkan diri,
Kau hilang semua percaya pada diri sendiri.
Apa ni?
Aku tak pasti.
Yang aku pasti,
Ini, aku namakan ia perasaan babi.