Lupa diri

Akan ada satu masa dimana kau rasa kau dah tak kenal siapa kau. Kau lupa semua karekter kau. Ianya semua berpunca kerana satu kejadian. Dimana kau tahu kau mampu buat sesuatu sebab memang dari kecik, kau tahu kau hanya mampu buat satu itu. Tapi kini bila dah dewasa sikit, kau mula tanya balik diri kau, "betul ke aku mampu?" Dan kau hilang kata kata. Lalu kau rasa kau tak guna sebab kau tiada apa apa yang istimewa. Pada masa yang sama, kau hanya ada kawan kawan yang tak kenal diri kau siapa, maka, kau nak paling pada siapa? Kau fikir, mungkin keluarga kenal kau. Dan kau mula teringat "oh ya, masa aku tinggal dengan keluarga aku dulu, aku selalu kurung diri dalam bilik. Maka, bagaimana? Even mak aku taktahu warna kegemaran aku apa". Kau terkedu, "siapa aku?" "apa yang aku mampu dan apa yang aku tak mampu?"

Kau dah malas fikir.
Lalu kau tidur.
Dan esok kau bangun,
Kau tanya soalan yang sama.

Dan sampai bila bila.
Kitaran yang sama.

Tentang keluhan gadis tipikal.