Malam sunyi.

Imej itu,
Yang menayangkan betapa kasihnya pada aku amat dalam,
Sedalam kebencian yang aku bina selama ini kepada diri sendiri,
Dia berjaya punggah ke tepi,
Dan ciptakan rasa kesempurnaan pada aku.

Bahawa aku cukup untuk dia,
Dan dia terlalu lebih melimpah untuk aku.

Kerana dia tak pernah pun mahu aku,
Cuma aku yang impi meninggi ninggi.

Dan imej itu paparan harian aku.
Dan mata aku setiap kali itu,
Basah tanpa esakan.

Tentang keluhan gadis tipikal.