terangnya api mengaburkan aku
tebalnya asap menyesakkan aku
selalu sangat dunia membakar
selalu juga aku lenyap
selalu juga aku lesap
saki baki aku - abu gelap
tak kuat dek aku nak memadam api
biasa sudah dibiar rentung tak di jaga rapi
semalam aku direntung lagi
hari ini aku dibakar lagi
esok pasti dihunus lagi sama api
aku harap lusa segera sampai
bawa aku jauh dari bumi rebeh tersepai
kerana
aku mahu penuh
aku mahu hidup
aku penat direbus rentung
aku muak hilang dalam tempurung