Setakat sebut untuk dianggukkan
Setakat sebut untuk dibanggakan
Memanglah tak masuk dek akal untuk dikurniakan hajatmu yang ditabur secara tipu
Tapi saya-
Yang dari dulu sudah usaha
Untuk bersihkan jiwa purba
Dari dijamah hasad dan pura
Masih lagi mengemis
Mahu katanya diangkat nyata
Tapi cuba duduk-rehat-fikir
Kenapa tak pernah diraih apa yang diucap?
Tapi cuba duduk-rehat-fikir
Kenapa tak pernah ternyata mahu saya?
Sebab yang mahu itu tak tersilang dengan keikhlasan
Tapi nak cakap tentang ikhlas
Apa itu ikhlas? Ia wujud dari mana? Kesohihan jiwa ikhlas itu bukankah seharusnya muncul seiring niat?
Terdetik dihati-maka jadi
Bukan itukah yang diajar dulu?
Apa salah semuanya?
Apa takkan benar untuk aku?
Berniat sudah lama
Dari sebulat harap
Jadi secebis kurap
Yang lama lama memakan jiwa ini
Kerana sudah lama berniat;
Tapi tak ternyata lagi.