Egois seorang wanita.


Memang aku rindu.
Tapi aku diam, aku takut digelar "lemah".
Memang aku mahu.
Tapi aku membisu, aku takut digelar "tak malu".
Memang aku sayang.
Tapi aku senyap, aku takut digelar "mudah"
Jika aku marah,
Dan aku lontarkan suara garang.
Sebab aku takut digelar "senang dipijak".
Jika aku benci,
Dan aku maki dengan kata kata iblis,
Sebab aku takut digelar "mudah dilanyak".

Walaupun aku sayang, tapi aku ego.
Nak buat macam mana.

Tentang keluhan gadis tipikal.