Monolog depan kaca.

 Hai hati,
awak apa kabar?
Apa? Retak? 
Oh.

Hai jiwa,
awak sihat sejahtera kan?
Apa? Ranap?
Oh.

Hai akal,
awak waras waras saje kan?
Apa? Gila?
Oh.

Hai mata,
kenapa awak merah eh?
Apa? Menangis?
Oh.

Eh, awak?
Kenapa semua binasa?
Awak terseksa ke?

* diam *


Tentang keluhan gadis tipikal.