Aku jatuh dari darat ke laut, lemas.
Aku berendam tak timbul, lenjun.
Aku takut mahu bangun, sejuk.
Aku lihat kau bawa bot.
Kau tak toleh pun.
Aku hari hari dalam air.
Kau hari hari lalu, memancing.
Kau tak toleh pun.
Muka kau hampa, umpan tak dimakan.
Sedangkan dirumah aku ada beribu ikan.
Muka kau hampa, umpan tak dimakan.
Sedangkan dirumah aku ada beribu ikan.
Aku takut nak panggil 'oi!'
Takut kau bunuh aku dengan jala mu.
Aku hanya tunggu,
Kau tak toleh pun.
Tak toleh langsung.
Sampai ikan aku mati,
Dan aku hanyut pergi.
Dan aku hanyut pergi.