Terus


Kalau nak cakap pasal sunyi sepi yang semua orang benci itu,
Aku dah muak. Hari hari aku rasa. Makan juadah yang sama.
Pana dah telinga dengan bunyi berdesing kosong.
Suara dah halus, tiada siapa untuk di ajak omong.
Aku dah biasa, dan aku tak harap ia berakhir.
Aku mahu ia terus, sampai ada benar benar satu jiwa yang sanggup.
Untuk hadap aku, kunyah aku, telan aku,
Apabila aku menjadi aku yang aku.
Bukan aku yang tipu tipu,
Semata untuk kebahagiaan palsu.

Tentang keluhan gadis tipikal.